Biasa la, dah namanya manusia. Sesetengah orang bercakap bohong untuk kepentingan diorang sendiri itu memang tak patut. Contohnyer seperti situasi suami outstation jejauh guna alasan atas urusan kerja tapi sebenarnyer pegi jumpa seseorang yang dikenalinyer dalam laman facebook. So, nak guna alasan pe lagikan. Disebabkan itu, saya nak share sedikit tips untuk mengenali orang sebegini yer...meh bace..
1st skali tengok gerak tubuh badan dia. Semasa bercakap cam orang tak tentu arah jek gayanyer. Tangan duk pegang itulah, pegang inilah. Macam la benda tu dia tak boleh pegang lepas dia bercakap dengan kita.
Semasa bercakap tu dia tak pandang pun wajah kita. Kalau pandang pun sekilas lalu jek. Yelah, nanti kalau dia pandang kita lelama mesti terketor-ketor nak menutur ayat.Tiba-tiba jadi gagap gitu. Cakap pun tungang-langang langar tiang.
Suara dia bukan men mendatar jek bila bercakap. Tak de intonasi langsung. Bila bercakap tu ala-ala konfiden gitu. Bila kita tanya, dia jawab pun penuh berhati-hati.
Tangan terkorek-korek idung la,tergaru-garu pala cam de kutu gitu
Kaki terkuis-kuis cam ayam cari cacing lak
Haa...yang ni paling senang nak detected la. Cer tengok mata dia bila bercakap. Mesti duk melilau sana sini tah pe di carinyer. Dia tengah cari idea la tu pe nak diautar.
So,sekian sudah ciri-ciri yang mudah nak mengenali orang bercakap bohong ngan kita. Cer praktikkan yer...mudah-mudahan berjaya....berjaya pe ek?? Berjaya tuk tak ditipu ler...hihihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan